Kilang TYZO

VISI

TYZO SDN BHD sebagai sebuah syarikat bumiputera terkemuka dalam menyediakan produk dan perkhidmatan halal terbaik dipasaran tempatan dan antarabangsa tahun 2018


MISI

TYZO SDN BHD sebagai sebuah syarikat bumiputera yang mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti, halal, cekap, telus dan berhemah untuk menjamin 100% kepuasan pelanggan


MOTTO

TYZO SDN BHD bergerak dengan motto “Our Priority is Halal” dalam semua urusan yang melibatkan urusniaga, pembuatan, pengedaran dan pemasaran untuk kepuasan kepada pelanggan


SHARED VALUED

TYZO SDN BHD dikukuhkan dengan Perkongsian Nilai (Shared Values) berikut :

  • T = TRUSTED
  • Y = YOUNG GEN
  • Z = ZEST
  • O = OPTIMUM

POLISI KUALITI

TYZO SDN BHD komited memberi perkhidmatan yang terbaik bagi Pengurusan Pembangunan Produk, Pengurusan Pembelian, Pengurusan Logistik dan Pengurusan Tempahan Pelanggan untuk memastikan kepuasan pelanggan dan mematuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001. Kami komited untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan dengan:

  1. Memastikan semua pelanggan mendapatkan produk dan perkhidmatan halal dan berkualiti.

  2. Memastikan kualiti produk yang dikeluarkan mematuhi kualiti dan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

  3. Mewujudkan peluang perniagaan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menyumbang kepada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

  4. Melibatkan diri dalam semua program dan aktiviti perniagaan anjuran kementerian, jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun.


SKOP PENSIJILAN HACCP

Skop TYZO merangkumi proses penerimaan bahan mentah hinggalah penghasilan produk siap yang melibatkan pembungkusan dan pengilangan kontrak bagi kopi pra-campur, teh dan produk suplimen kesihatan.


POLISI KESELAMATAN MAKANAN

TYZO telah mengwujudkan Polisi Keselamatan Makanan sebagai komitment terhadap penghasilan produk yang bersih, kualiti dan selamat seperti di bawah:

“TYZO komited memenuhi kepuasan pelanggan dengan menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat mengikut prinsip-prinsip HACCP dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP). Kami juga mengutamakan keperluan pelanggan dengan peningkatan berterusan serta mematuhi perundangan makanan seperti yang termaktub di dalam Akta Makanan Malaysia 1983”


OBJEKTIF KESELAMATAN MAKANAN

TYZO SDN BHD akan memastikan produk makanan yang dihasilkan adalah mematuhi

  1. Kandungan fizikal bahan (mikrobiologi dan bahan kimia) tiada pencemaran pada produk akhir.
  2. Untuk menghasilkan produk keluaran syarikat yang selamat, tinggi kualiti dengan tidak mengandungi sebarang benda asing yg dapat dilihat pada produk akhir.
  3. Memastikan sistem pelaksanaan HACCP yang dijalankan dalam pengeluaran produk adalah berkesan seperti yang didokumenkan.